PENGURUSAN PBS + PBD


PENGURUSAN PBD
[Dikemaskini pada 1 Disember 2021]

Alhamdulillah. Nampaknya PBS ada berlaku penambahbaikkan.
PBD – Pentaksiran Bilik Darjah.  
Dulu ialah PS (pentaksiran Sekolah). Kini adalah PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)
PS ditukar menjadi PBD.
PS = PBD

Senang aje kan. Ubah nama sahaja.



Sebagai S/U PBS, cikgu-cikgu kena ada Buku Panduan PBD terlebih dahulu. mana nak dapat?
 Ni hah!!! saya copy link kat bawah tu utk dapatkan buku tu. klik n download dulu. lepas tu baca ye.
 


LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH ADALAH CARA SAYA URUSKAN PBD D SEKOLAH. Saya ikut berdasarkan buku panduan tu. 

Langkah 1.
Cikgu Mahsal buat surat lantikan AJK tertinggi dalam PBS terlebih dahulu.
Ada 4 komponen:
Surat lantikan untuk SU PBD – Pentaksiran Bilik Darjah [dulu Pentaksiran Sekolah (PS)]
Surat lantikan untuk SU PP – Pentaksiran Pusat
Surat lantikan untuk SU PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani, sukan dan Kokurikulum
Surat lantikan untuk SU Psikometrik

SU PBS ke yang pilih SU SU ni? Taklah!!!  Yang pilih adalah barisan pentadbir. SU PBS hanya tolong sediakan surat lantikan sahaja. (Sepatutnya geng pentadbir yang buat. Hmmmmm.. buat ajelah...)
SU PBD dan SU PP tanggungjawab PK1,
SU PAJSK tanggungjawab PK Kokurikulum
SU Psikometrik tanggungjawab PK HEM
SU PBS adalah tertinggi dalam 4 komponen tersebut.

TENGOK CARTA ORGANISASI PBS SEKOLAH CIKGU MAHSAL :


SOFTCOPY CONTOH :-

 
Langkah 2.
buat kulit depan AKA cover comel-comel, isi kandungan dan divider. PBS-PBD hanya guna 2 buah fail sahaja.
1. Utama
2. Keputusan PBD.

Di bawah, contoh isi kandungan saya.

softcopy contoh : isi kandungan
[d dalamnya termasuk ada divider utk fail]


BILA ISI KANDUNGAN DAH ADA, KITA SIAPKAN FAIL BERDASARKAN APA YANG ADA.
Ringkas sahaja. 



Langkah 3
 
 A.Maklumat Am
 Berdasarkan bil 1 isi kandungan, siapkan bahagian ni dulu. perlu di ingat. 
        Setiausaha PBS HANYA uruskan PBD tingkatan 1 hingga 3 sahaja
 
 *   Jangan lupa letak jadual waktu guru tu. Kalau pemantau datang, tunjuk aje jadual tu, biar tuan  
       pemantau pilih siapa yang nk di pantau. 
*   Jadual kelas pn perlu letak ok. sebagai rujukan / simpanan.



B. Pekeliling / surat menyurat
  langkah seterusnya mudah, apa2 jenis surat berkaitan dengan PBS- PBD, simpan ok, letak dalam fail. 
        Letak di Perkara - Pekeliling / surat-Menyurat.



C. Mesyuarat PBS-PBD
 PANGGIL BERMESYUARAT. Ejas panggil mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 
mesyuarat 1 - 
            Bentang mesyuarat lepas
            Pengenalan, 
            Intro sikit mengenai PBS-PBD, 
            Kenapa PBD penting,
            Langkah2 nk simpan eviden,
            Edar DSKP, edar templat perekodan.
            Edar surat lantikan pentaksir PBD untuk semua guru tingkatan 1 hingga 3.
            Bentang keputusan PBD sekolah. kalau ada analisis, lagi bagus. saya tak buat pn. hehehe
            Last skali, jangan lupa, maklumkan yang perekodan setiap tingkatan, S/U PBS hanya nak yg                 gabungan sahaja. yg setiap matapelajaran, guru matapelajaran lah yg simpan. 


di bawah adalah contoh surat panggilan mesyuarat Cikgu Mahsal :-






  kepala surat sekolah


                                                                                                No. Ruj  : CEA2050.500-7/1/1(01)
                                                                                                Tarikh    :      2 Mac 2018

GPK PENTADBIRAN (Pn Rosiah binti Awang Ngah)
GPK HEM  (En Abu Zahid bin Awang Besari)
GPK Kokurikulum  (Tn. Hj. Aminuddin bin Yaakub)
Ketua-Ketua Bidang
Kaunselor ( En. Nazarul Hazwan bin Abdul Razak )
Jurulatih Utama PBS sekolah (Semua Mata pelajaran)
Semua guru



Tuan,
MESYUARAT PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) KALI PERTAMA SESI 2018

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.           Sukacitanya dimaklumkan tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Pengurusan Pentaksiran Sekolah SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah kali pertama bagi tahun 2018.

3.           Mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :
              Tarikh                  :   3 Mac 2018
              Masa                    :  2.15 petang
              Tempat                :  Bilik Gerakan

4.           Antara agenda yang akan dibincangkan ialah :
                         i.         Ucapan aluan Pengerusi Majlis
                       ii.         PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti
                      iii.         Pembudayaan PBS – saranan Guru / Ibu bapa / Murid
                      iv.         PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum
                        v.         Penubuhan Jawatankuasa PBS / PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)
                      vi.         Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
                     vii.         Hal-hal Lain


5.           Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan melancarkan lagi perjalanan mesyuarat. Segala kerjasama dari pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah

 
SIMPAN SURAT PANGGILAN MESYUARAT DAN MINIT MESYUARAT TU OK. SIMPAN SEKURANGNYA 3 TAHUN YANG TERKINI.
 
 




D. CARTA GANTT 
       Sengaja saya letak asing. senang nk tengok setiap masa. sebabnya dari Carta Gantt ni la perjalanan PBS-PBD kita boleh ketahui. 
 
       Nak terang kepada guru baharu pon jadi mudah.

       Untuk carta gantt ni, tengok contoh di bawah ye. saya print banyak. saya tampal di papan kenyataan dan InsyaAllah, jika sempat, saya nk tampal setiap kelas jugak.

 
E. DSKP & Templat Perekodan
tebal sikit bahagian ni. cikgu2 nk print, print la. saya tak print. saya bagi link n biar cikgu2 sekolah saya, print sendiri. Ade skolah-skolah, dia buat dalam bentuk bar kod. scan. giteww. cikgu2 buat mana yang mudah. mcm yang saya maklumkan tadi, saya tak print. tapi saya sediakan link n biarkan cikgu sklh saya sendiri ambil dan print.
tapi untuk templat perekodan sama ada matapelajaran or gabungan, saya sediakan templat tu. sbb yg ni penting. berdasarkan pengalaman, walaupun dah bagi link, cikgu2 sekolah tetap mintak dengan kita templat tu, softcopy n hardcopy. 
so, S/U PBS g la download d  BPK tu. :-)
SAYA SEKOLAH HARIAN BIASA, SO, SAYA KLIK YANG TULIS :-
 
 
 
 
 
 APA APEPUN, SAYA NAK MAKLUMKAN, LANGKAH2 YANG SAYA JELASKAN DI ATAS ADALAH BERDASARAKAN APA YANG SAYA FAHAM OK. JIKA ADA KURANG OR TERLEBIH, CIKGU2 EJAS LA IKUT KESESUAIAN MASING-MASING OK. 
 
  
INFO RASMI MENGENAI PBS/PBD BOLEH DAPATKAN DI PAUTAN RASMI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DI BAWAH INI:-






36 comments:

  1. Terima kasih cikgu, sangat2 membantu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu, info yg sgt2 membantu bg sy yg bru dilantik sbgai SU PBS..kalu bleh kongsikan contoh format surat lantikan tersebut sbgai panduan.terima kasih

    ReplyDelete
  3. cg..boleh tak letak s/u pbs dan s/u pt3 orang yang sama?

    ReplyDelete
  4. TERIMA KASIH BANYAK2 CG. SANGAT MEMBANTU.

    ReplyDelete
  5. Thanks a lot! Saya confuse pbs & pbd, pengurusan fail sama ke?

    ReplyDelete
  6. terima kasih cikgu mahsal. mohon halal ilmu yang cikgu kongsi ye.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Cikgu, saya orang awam, saya dapat tahu PBS telah digantikan dgn PBD sepenuhnya. Jadi sekarang ada lagi ke tidak terma PBS tu? PBS dibawah PBD atau PBD masih di dalam konteks PBS? Mohon pencerahan. Terima kasih

    ReplyDelete
  9. terima kasih..Maklumat cikgu sangat membantu.Semoga Cikgu sentiasa di bawah rahmatNya

    ReplyDelete
  10. terima kasih..Maklumat cikgu sangat membantu.Semoga Cikgu sentiasa di bawah rahmatNya

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Thank you cg Mahsal...sgt berguna.

    ReplyDelete
  13. salam cikgu apa yang perlu ada dalam fail su pbd..tq

    ReplyDelete
  14. TERIMA KASIH INFONYA. SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA..

    ReplyDelete
  15. salam cikgu nak tanya, apa yang perlu ada di dalam fail SU PBD

    ReplyDelete
  16. ALHAMDULLILAH.PERKONGSIAN ILMU SANGAT BERMAKNA. TKASIH CIKGU

    ReplyDelete
  17. SALAM CIKGU..BOLEH KONGSI KANDUNGAN FAIL INDUK PBD...TQVM IN ADVANCE..

    ReplyDelete
  18. Ribuan terima kasih. Memang banyak membantu dalam mengurus PBS sekolah.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih banyak...sangat membantu.

    ReplyDelete
  20. Boleh share template gabungan kelas peralihan pls

    ReplyDelete
  21. terima kasih di atas info ya tuan

    ReplyDelete
  22. Terbaik cikgu.Terima kasih membantu pengurusan

    ReplyDelete
  23. Cikgu boleh share minit mesyuarat PBD?

    ReplyDelete
  24. Mohon izin berkongsi bahan2 PBS yang tuan share di sini. Semoga diberi kemudahan dalam hidup oleh Allah.

    ReplyDelete
  25. terbaikk cikgu,terima kasih atas perkongsian nya.

    ReplyDelete
  26. Terima kasih cikgu atas perkongsiannya. Jika saya ada anak di sekolah tuan pasti saya yakin dgn usaha penilaian perkembangan anak saya. tqvm

    ReplyDelete